Dalam Islam adat dan budaya setempat tidak dilarang diamalkan oleh penganutnya asalkan ianya tidak menyalahi hukum syarak. Islam juga dengan tegas melarang dilakukan pembaharuan ‘bidaah’ dalam hal-hal ugama. Maka dengan berpegang pada konsep tersebut, dapatlah Islam itu dipelihara dari dipesongkan. 

Memang ada ajaran-ajaran yg berasaskan Islam tetapi kemudiannya terpesong. Ajaran-ajaran tersebut telah diperangi dan akhirnya sama ada ia kembali bertaubat atau terus keluar dari naungan Islam. Begitulah apa yang dialami oleh ajaran Ba’hai yang cuba menggabungkan semua ajaran dengan Islam dan ajaran Kod 19 Rashad Khalifah yang taksub dengan nombor hingga sanggup meminda Al-Quran untuk menepati teori nombornya sebagai contoh.  Mereka tidak diiktiraf oleh umat Islam sebagai sebahagian dari Islam.

Bagi Kristian pula terutama katolik, amalannya adalah sangat berbeza. Banyak amalan kristian yang berasal dari penyembahan objek “paganism” kaum-kaum eropah purba telah diasimilisasikan. Kristian  mengambil konsep menggabungkan amalan setempat dengan amalan ugama, dan amalan ugama diboleh ubahkan untuk memenuhi kefahaman budaya setempat bagi membolehkan ia diperkembangkan.

Maka kini dapatlah disaksikan pelbagai amalan pagan telah diserap menjadi sebahagian daripada amalan ugamanya. Hari Krismas yang diraikan pada setiap 25 Disember bukanlah hari kelahiran Isa A.S, tetapi adalah berasal daripada amalan pagan yang diberi nama pesta Yule sempena kedatangan musim sejuk . Tetapi untuk menarik minat golongan eropah purba memeluk kristian pendeta2 kristian dengan rela mengubahkan Hari Natal pada tarikh tersebut. 

Jumaat lepas, satu hari yang panggil Good Friday diraikan oleh penganut kristian. Good Friday tersebut telah disatukan dengan amalan Easter yg bersimbolkan telur. Amalan Easter adalah amalan pagan bagi menyambut kedatangan musim bunga dan kesuburan. Maka disesuaikan amalan kristian itu dengan dicipta satu konsep bangkitnya semula Isa A.S itu dari kuburnya dua hari selepas ia disalib.

Apa pun ajaran ketigaan tuhan adalah penyatuan konsep pagan dengan krisitian yang terbesar. Memandangkan eropah purba menyembah pelbagai tuhan, pendeta kristian mengambil pendekatan agar tuhan itu dipecahkan kepada tiga supaya senang difahami oleh kaum pagan purba. 

Maka tidak hairan bila kristian katolik di Malaysia berusaha sedaya upaya untuk menggunakan kata ganti nama Allah sebagai tuhan juga bagi mereka. Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mengembangkan ajaran tersebut pada kaum Melayu terutama pada kaum muda-mudi melayu yang mengamalkan gaya hidup ala barat.

Tapi naik  hairan bila parti PAS yg selama ini membangkitkan isu murtad dan menyalahkan kerajaan BN yg diterajui oleh UMNO yang kononnya kurang ISLAM, tetapi mengambil pendekatan yang menyalahi pendirian mereka sendiri iaitu menyokong agar penerbitan Kristian boleh menggunakan istilah ALLAH. 

Apakah yang diperjuangkan oleh PAS kini? Sebuah parti yang dahulunya dinobatkan sebagai tiang kedua umat Melayu Islam selepas UMNO kini tak lebih sekadar bermain politik popular.

PAS rela bersekongkong dengan DAP yg merupakan sebuah parti sosialis yg dengan jelas menentang Islam.  

PAS juga rela bersekongkol dengan Parti Keadilan yang baru setahun jagung tapi penuh skandal. Malahan muslimat PAS begitu bersungguh-sungguh mempertahan seorang tokoh politik bukan Islam yang telah berzina dengan seorang pemuda Islam. Apa nak jadi.

Adakah PAS kini telah mengamalkan pendekatan menghalalkan cara, iaitu asalkan UMNO atau BN kalah, apa sahaja tindakan adalah halal. 

Jika beginilah konsepnya maka nantikan kemusnahan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

Malangnya majoriti umat Islam tidak ambil kisah malah tidak bersyukur dengan rahmat Allah pada negara kita.

Jika katolik tidak kesah apa nak jadi dengan syariat ugamanya asalkan ada ramai penganut, kini PAS juga telah mengambil pendekatan yang sama, iaitu asalakan dapat sokongan, perjuangan kepada Islam boleh diubah suai. Maka tiada bezanya kini antara PAS dan Katolik. Patut benarlah mereka boleh mendapat kesimpulan yang sama dengan isu penggunaan nama Allah.