Sudah sah Dato’ Seri Najib secara rasminya adalah Perdana Menteri ke-enam. Kegembiraan jelas terbayang dihati majoriti rakyat, untuk memulakan era baru selepas era Tun Abdullah penuh segala kekecohan. Hanya segelintir penyokong tegar PKR+DAP+PAS yang tidak dapat menerima kenyataan cuba mempertikaikan kredibiliti Najib.

Berbeza dengan Tun Abdullah semasa mengambil alih kerajaan, Najib menerimanya dalam keadaan yang haru-biru, serba tak kena, dan ketika UMNO serta BN berada dalam keadaan yang paling lemah. Ini ditambah pula dengan kenyataan berbentuk kepentingan peribadi MCA yang meminta satu jawatan TPM. Permintaan ini adalah sesuatu yang melampaui batas kerana ketika UMNO dalam keadaan lemah, nampak rakan sekutu BN cuba menikam belakang.

Rasanya eloklah MCA duduk diam-diam sahaja, memandangkan dalam keadaan yg lemah ini, BN hanya menang kerana UMNO, sedangkan MCA, MIC, dan Gerakan telah menerima penolakan yang hebat. Parti-parti ini seharusnya menumpukan untuk membina kembali sokongan pada mereka daripada menjadi duri dalam daging meminta-minta sesuatu yang diluar kemampuan.

Datuk Seri Anwar pula nampak semakin hilang punca. Katakan hari ini mahu buat satu pendedadah besar berkenaan dengan Najib. Kesian sungguh Anwar, dah la kempunan jadi PM, tapi masih tak habis-habis dengan retorik. Anwar benar-benar mengecewakan sebagai ketua pembangkang. Kegagalan Anwar nampak makin jelas. Sedang UMNO nampak berjaya memulihkan sedikit keyakinan dikalangan rakyat, pakatan PKR+DAP+PAS makin huru-hara.

Kegagalan besar Anwar ialah kegagalannya menubuhkan Pakatan Rakyat sebagai satu parti berdaftar seperti BN. Setahun sudah berlalu, namun masih tiada khabar berita tentang pendaftaran “Pakatan Rakyat”.  Adakah ini menunjukkan bahawa  “Pakatan Rakyat” itu tidak serious.

Kegagalan Anwar seterusnya ialah kegagalannya mengekalkan displin dikalangan tokoh-tokohnya. Yang dah jadi TKM Penang, letak jawatan kerana skandal, MB Selangor pun penuh skandal, YB Bukit Lanjan pun skandal jugak. Jangan nanti Parti Keadilan Rakyat jadi Parti SKandal Rakyat sudah.