Sejak dahulu kala lagi Ilmu Kebal sentiasa menjadi ilmu yg sering dicari oleh para pahlawan.

Dengan peralihan masa, ilmu kebal berubah dari kebal dari tikaman senjata musuh hinggalah pada kebal pada tembakan … selari dengan perkembangan teknologi termaju, kemuncak pada kehebatan ilmu kebal ialah penciptaan Kereta kebal … iaitu sebuah kenderaan yg tak lut oleh sebarang senjata kecuali pada beberapa senjata tercanggih yang direka khas untuk merobek dinding kebal kereta kebal.

Ilmu kebal amat dihargai kerana mereka yg mempunyai ilmu kebal/baju kebal/senjata kebal tidak akan boleh dicederakan.

Sebelum 1993, Raja-Raja di Malaysia juga mempunyai ilmu kebal. Taklah kebal dari tembakan atau tikaman senjata, tetapi kebal dari didakwa dimahkamah, walaupun mereka ada melakukan jenayah.

Namum demi memelihara integriti Institusi Beraja, yang mana Raja-Raja diangkat sebagai pelindung, pemimpin dan ketua-bagi segala ketua, pindaan dipinda terhadap kekebalan dari melakukan perkara yg tidak wajar. Adalah sewajarnya sedimikian maka oleh kerana itu Institusi Beraja terus terpelihara, dan Raja dilihat oleh Rakyat sebagai mereka yg amat bertanggungjawap adil dan saksama.

Kini mereka yang masih mempunyai “ilmu kebal” seantero Malaysia ini adalah mereka yg menjadi YB sama ada di DUN atau di Parlimen. “Ilmu Kebal” mereka ini adalah kebal dari didakwa diatas sebarang “kata-kata” yg lafazkan didalam dewan.

Adapun tujuan “Ilmu Kebal” itu diberi adalah supaya mereka YB2 tersebut tidak merasa terikat untuk membincangkan sebarang isu yang mungkin dianggap sensitif diluar dewan.

Namun penyalah gunaannya tampak makin berleluasa dan kemuncak ialah kenyataan/panggilan Gobinh Singh a/l Karpal Singh, AP-Puchong (DAP) kepada Najib Tun Razak yg dengan kurang sopan berulang kali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia. Ia mendorong Timbalan Speaker Dewan untuk mengarahkan YB Puchong tersebut keluar dewan dan usul penggantunganya akan dibincangkan kemudian.

Persoalannya disini ialah adakah “ilmu kebal” yg diberikan pada YB2 menjadi lesen untuk menjadi kurang ajar?

Adakah sikap kurang ajar sebegini yang kita mahu dari kalangan YB-YB?

Kedengaran cakap-cakap kedai kopi bahawa YB-YB kita didalam dewan mempunyai kualiti bahasa yg lemah … malah persidangan dewan yg disiarkan live menjadi rancangan TV bertaraf “M” (not recommended for Children”).

Jika ilmu kebal Raja2 dimansukan nagi menjamin bahawa Raja-Raja kita juga adalah mereka yg paling patuh dan taat pada undang-undang, maka ilmu kebal YB-YB didewan-dewan juga seharusnya dimansuhkan.

Rakyat mahu mereka yg dilantik sebagai YB adalah mereka yg terbaik dikalangan rakyat … baik budi pekertinya, baik tingkah lakunya dan baik moralnya … biarlah YB2 tersebut bertanggungjawap pada setiap kata-kata mereka … kita mahu YB dikalangan mereka yg paling bijak dan paling kritikal pemikirannya … jika YB2 tersebut hanya bijak memprovokasi tapi tanpa sebarang bukti, adalah lebih baik jika seekor burung kakak tua sahaja yg dijadikan YB.