Tahniah pada Nik Nur Madihah yang telah mencipta kejayaan yang cemerlang dengan memperolehi 19A1 dan 1A2. Kemampuan mencipta kejayaan yang sedemikian dengan keterbatasan sumber yg keterlaluan adalah sesuatu yang diluar dugaan.

Media melaporkan bahawa Nik Madihah bercita-cita untuk mendalami ilmu Fizik. Penulis blog ini mendoakan agar Nik Madihah berjaya memburu cita-cita tersebut, belajarlah dengan tekun hingga ketahap setinggi yang boleh, dan apabila berjaya sumbangkanlah ilmu tersebut pada masyarakat.

Dalam pada itu diharapkan agar pihak kerajaan dapat memberikan bantuan sewajarnya agar bakat Nik Madihah dapat diperkembangkan. Sesungguhnya kejayaan dia didalam peringkat SPM dalam keadaan yang serba kekurangan jelas menunjukkan bahawa potensi yang ada padanya amat besar. Adalah tidak mustahil jika bantuan sewajarnya diberikan, dia mampu untuk mencipta kecermalangan, mungkin diuniversiti-universiti ternama didunia seperti di Cambridge ataupun Oxford.