Semalam Dato’ Seri Najib membentangkan mini belanjawan “Pakej Ransangan Ekonomi Ke-2” bernilai RM 60 juta. Jumlah RM60 juta mengejutkan banyak pihak yg menyangka nilainya tak lebih diantara 10 juta-30 juta.

Jelas pembangkang kehilangan modal apabila ransangan RM60 juta itu meliputi pelbagai aspek, hingga mereka lebih banyak mempersoalkan jauh mana ia akan berjaya dilaksanakan berbanding dengan sama ada ia cukup atau tidak.

Lim Guan Eng dilaporkan berkata, 60 billion tak cukup, 100 billion baru cukup, duit harus diberi terus pada rakyat. Mungkin agaknya YB LGE terlupa ada pepatah cina yg mengatakan jika ada org meminta makanan, berikan dia kayu pancing … simboliknya makanan jika beri habis, tapi jika kayu pancing diberi, maka adalah peluang untuk mencari makan lagi.

Lim Kit Siang pula berpendapat, nilainya tak penting, tapi mengembalikan kenyakinan rakyat lebih penting.

Anwar pula terkedu, berkata pada wartawan esok baru dia komen. Bukankah seorang tokoh pemimpin seharusnya boleh memberikan riaksi sepontan yang berketrampilan.

Tan Sri Khalid Ibrahim pula mengakui nilainya cukup, yg dipersoalkan ialah perlaksanaan.

Apa pun syabas Najib dan terima kasih, perancangan permulaan nampak baik … insyallah jika perancangannya baik, perlaksanaanya juga baik.

Patutlah Najib sentiasa diserang oleh Anwar semenjak keluar dari Sungai Buloj, kerana Anwar tahu, Najib ini diam-diam ubi, diamnya diam berisi …