Nak kata PPSMI semua buruk tak juga … nak kata semua baik tak juga … maka adalah lebih baik jika ada tolak ansur dalam hal ini.

Saya pun pernah belajar sains dan matematik … tak lah tinggi mana pengajian saya itu tapi cukup la untuk hidup … dan dari pengalaman saya belajar sains dan matematik, bukan medium bahasa yang menjadi halangan, tapi pemamahan terhadap konsep tersebut.

Ada pun pengajian sains dan matematik yg mana rujukan2nya katanyalah banyak dalam bahasa inggeris ialah bagi mereka yang menuntut dalam peringkat Diploma, sarjana muda dan keatas.

Saya tak pikir seorang pelajar sekolah rendah yg sedang dlm persedian untuk UPSR perlu membuat kajian yg memerlukannya  membaca Journal-journal atau pun kertas-kertas teknikal.

Paling kuat pun yg perlu difahami bagi seorang pelajar sekolah rendah ialah fungsi sebuah bateri dan bagaimana sebuah bateri boleh menyalakan sebuah mentol, ini boleh cerita hatta dalam bahasa Jawa sekalipun.

Jika masyarakat jelas mahu menguasai bahasa inggeris, ia hanya boleh dilakukan dengan belajar kelas bahasa inggeris … hanya dalam kelas tersebut kita boleh belajar macam mana nak berbahasa, mengucap selamat, mengusai vocab-vocab dan tatabahasanya, berguarau senda dsb … adalah tidak logik untuk hal-hal tersebut diajar dlm sains dan matematik …

Maka adalah mungkin lebih wajar jika PPSMI dilaksanakan sepenuhnya dalam mata pelajaran sains dan metematik bagi peringkat menengah tinggi dan keatas, iaitu persedian untuk peringkat SPM dan keatas …

Ini kerana hanya diperingkat SPM para pelajar telah mula dipisahkan sedikit diantara Sains Tulen dan Bukan Sains … SPM zaman dulu senang sains/sastera, tapi la ni saya tak tau na kata …

Peringkat SPM adalah peringkat yg dipersimpangan … selepas peringkat inilah baru ditemui calon2 doktor, jurutera, peguam, ahli sastera, pengukir, artis, ahli mekanik, guru, ustad dan banyak lagi …

Sedangkan individu itu unik, ada yg suka hitam, biru, kuning, dan ada yang suka merah atau jingga … maka amatlah tidak adil jika pengajian peringkat sekolah direka bentuk sedemikian rupa seolah kita nak semua anak kita jadi ‘saintis’ … kalau semua jadi saintis siapa nak jadi DO, siapa nak jadi Polis, siapa nak jadi Tentera, siapa nak jadi penghibur, siapa nak jadi Peguam, siapa nak jadi Tuan Qadi ?????