Pejuang bahasa sekarang dah terpengaruh dengan politik tak bertamadun ala Anwar Ibrahim … berarak sana sini dan sinun …

Isu PPSMI adalah isu akademik, saya juga tergolong dalam kelompok yg tidak bersetuju dengan PPSMI. Tetapi pendapat saya mungkin salah kerana saya tiada data yg dapat menyokong, hanya persepsi dan pengalaman sendiri belajar sains sahaja.

Pun demikian apa yg dilaporkan ialah pejuang2 bahasa kini semakin galak menentang PPSMI, yg terlibat ialah mereka yg pakar dlm Bahasa Melayu dan Sastera Melayu.

Satu yang kurang ialah pandangan dari mereka yg arif dalam bidang Sains dan Matematik … dimana mereka, apa pandangan mereka?

Memandangkan PPSMI melibatkan pengajian Sains dan Matematik, seharusnya pandangan mereka yg arif dalam bidang ini harus diambil kira, orang sastera dan bahasa mana paham sains dan matematik cacing tahap tinggi.

Orang sastera hanya pandai memuji keindahan bulan, tapi orang sains dan matematik mengkaji bulan dan memahami hubung kait antara bulan- air pasang surut-dlm kehidupan seharian.

Amatlah diharap agar kerajaan tak mudah tunduk pada tekanan-tekanan yang wujud dari amalan berdemo yang tidak bertamadun sebegini.