Saya rasa agak kecewa dengan kenyataan Nik Aziz sejak dua menjak kebelakangan ini yang nampak macam dah hilang akal.

Saya mula kenal nama Nik Aziz Nik Mat selepas PAS membentuk kerajaan Kelantan selepas pilihanraya 1990. Ramai yg kagum dengan kesederhanaan beliau.

Namun sejak akhir-akhir ini Nik Aziz jelas terlalu bermain politik … politik yg dimainkan adalah politik berlawanan, yakni apa sahaja yg dipilih oleh UMNO akan dilawan oleh Nik Aziz, hinggakan nama Allah pun Nik Aziz rela di”sedekah”kan, di”wakaf”kan pada ugama lain yg dah jelas motifnya adalah untuk menyesatkan dan mengelirukan umat Islam Malaysia.

Saya tiada halangan jika penerbitan krisitian itu mahu gunakan nama Allah dlm penerbitan bahasa Arab … tapi kalau bahasa Melayu, Tuhan adalah satu nama Am, Allah adalah satu nama khas untuk umat Islam.

Mungkin agaknya Nik Aziz tak kesah kita panggil dia sebagai Tuan Sami Nik Aziz … mungkin slogan PAS patut ditukar daripada kepimpinan ulama kepada KEPIMPINAN PADERI.