1. Apakah persamaan Najib dan Anwar? :: Bicara Nobisha
  2. Kitar semula plastik dan orang politik :: A Kadri Jasin

kedua-dua tokoh bloger diatas telah menulis berkenaan dengan isu politik yg dijadikan kerjaya dan ahli-ahli politik yg tak reti-reti nak turun…

kebetulan saya pun mempunyai pandangan yg serupa …

apa pun politik Malaysia masih belum matang … seperti kata TDM, sistem asal Malaysia/Malaya ialah feudal … kemudian baru berubah pada demokrasi

malangnya, mentaliti org2 Malaysia masih lagi berteraskan feudal … inilah antara punca wujudnya isu politik recycle dan politik kerjaya …

tak seperti negara barat yg mana kebanyakan ahli politik mereka professional, tak perlu disuruh turun, paham-paham sendiri la, kalau tak jadilah macam bekas PM Australia John Howard … dah lebih 10 tahun jadi PM, masih nak jadi PM lagi konon2 nak pecah rekod, sudahnya bukan setakat parti dia yg tewas, dia sendiri hilang kerusi … di Malaysia masih belum ada trend sedemikian, kecuali Tun Dr. Mahathir la kot, bersara ketika masih sangat popular

Mungkin elok kot kalau khidmat politik itu usah berelaun usah bergaji … jadikan seperti khidmat masyarakat, sepuluh tahun maksimum … nescaya org2 politik seperti Anwar lebih suka jadi pensyarah di John Hopkins daripada buang karen buat cerita sewal mengutuk Najib … Nizar pun dah tentu tak mahu jadi MB … Nik Aziz boleh duduk rumah, kurang sikit sakit jantung drp menpertahankan feel pelik org2 PAS …