Media melaporkan kepala besar Hindraf, Waythamoorty sedang mengalami sakit jantung (yg luar biasa) dan sedang dirawat di United Kingdom.

Kepala besar Hindraf itu juga dilaporkan tidak mahu menerima rawatan di UK sebaliknya mahu rawatan dilakukan di Malaysia.

Maka bolehlah disimpulkan bahawa boleh tahan jugak sistem perubatan Malaysia sampai kepala besar hindraf itu pun tetap nak balik Malaysia juga, ingatkan teruk benar, syabas pada kerajaan BN kerana telah berjaya mengemudi negara dengan cemerlang.

Maka bolehlah jua disimpulkan bahawa adegan Anwar Ibrahim yg bermati-matian nak buat rawatan di Jerman selepas keluar dari sungai buloh dulu hanya lawak bodoh semata-mata.

Tapi dalam pada dah nak mati tu masih boleh demand macam-macam. Demand supaya passport baru diberi padanya dan boleh diambil dipejabat Pesuruh Jaya Tinggi di UK, juga demand supaya pertuduhan padanya dibatalkan.

Wisma Putra melalui Menterinya Syed Hamid Albar menyatakan bahawa passport kepala besar hindraf itu tidak pernah dibatalkan, tetapi perintah kerajaan telah dikeluarkan supaya kepala besar hindraf menyerahkan passportnya dan pulang ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan jenayah.

Maka dengan ini dapatlah difahamkan bahawa kepala besar hindraf itu tak perlu demand passport baru, dia sememangnya di alu-alukan untuk pulang ke Malaysia dan seterusnya dituduh di mahkamah.

Namun jika sejarah direnung kembali betapa Hindraf berbohong pada seluruh dunia bahawa kaum India (yg hanya kurang lebih 7% itu) telah dibunuh (ethnic cleasing) di Malaysia, sambil berarak mengusung gambar Queen Elizebeth (bekas ketua penjajah Malaysia), maka ada kemungkinan besar isu sakit jantung ini juga tak lebih dari sekadar pembohongan semata-mata. Ia hanyalah cerita dongeng dan rekaan semata-mata dan dilakukan hanya untuk mendapatkan publisiti murahan.

Kita tahu bahawa REALITInyabahawa sistem perubatan di UK, yg juga sebuah negara maju jauh lebih hebat dari Malaysia. Maka atas dasar itu adalah lebih baik jika Waytha terus menerima rawatan disana … nanti karang kalau balik Malaysia, doktor kita yg serba keletihan hendak merawat pesakit lain yg taat setia pada negara pula dipersalahkan … kesian doktor2 itu nanti …

Oleh yg demikian diharapkan agar Kerajaan buat dek sahajalah pada publisiti murahan sebegini … apa pun kita tahu kalau benar kepala besar itu sakit pun, yg merawat dia bukan calang pakar disana.

kalau dia masih hidup selepas rawatan silalah pulang segera ke Malaysia untuk didakwa … sekiranya tidak, diucapkan selamat jalan, farewell, goodbye, adios, bon voyage …