Datuk Seri Syed Hamid Albar menyarankan agar diwujudkan satu pasukan perang psikologi BN (Bernama) … dua kelemahan utama yg dikenal pasti ialah (1) membiarkan persepsi negatif berpanjangan (2) kelemahan propaganda penerangan …

walaupun memang ada benarnya pendapat Syed Hamid itu, apa yg seharusnya lebih diutamakan ialah kepentingan rakyat.

BN ketika zaman Tun Dr Mahathir misalnya mentadbir negara dengan cekap dan tersusun, natijahnya peluang pekerjaan bersepah-sepah dan Malaysia keluar dari ambang kemelesatan teruk yg dialami pada awal 80an berikutan kejatuhan teruk harga timah dan getah … ketika krisis kewangan 97/98 pula, Malaysia telah mengambil langkah yg tidak konvensional yg sekaligus mengeluarkan Malaysia dari kemelut ekonomi dan mengelakkan negara dari berhutang dengan IMF.

Malangnya momentum yg sama gagal diteruskan dizaman Pak Lah … walaupun idea pertaniannya sudah berada pada landasan yang betul, tapi perlaksanaannya sekadar pertanian dan penternakan utk “suka-suka”… malah beras dan sayur masih lagi perlu diimport … tapi bukan Pak Lah sorang yg harus dipersalahkan BN secara keseluruhannya harus bertanggungjawab … dan rakyat dah pun bagi signal dengan menggunakan lampu sportlight berkecerahan tinggi …

Memandangkan Pak Lah telah menyatakan akan berundur dari menduduki kerusi besar di Putrajaya, adalah wajar bagi BN menyusun semula dasar-dasar yang sedia ada

kembalilah pada zaman Tun Dr. Mahathir yang melaksanakan kepimpinan cekap dan tersusun … tanganilah krisis ekonomi global yg wujud kini dengan sewajarnya … jangan dibiarkan rakyat yg hilang pekerjaan terus hilang punca pendapatan … berikanlah khidmat yg terbaik … itulah penyelesaian yg paling mujarab pada kedua-kedua permasalahn yg tersebut diatas itulah cara terbaik utk menghentikan persepsi negatif dan itulah juga propaganda yg paling berkesan …. jangan terpengaruh dengan style pakatan pokok yg lebih suka pada gimik dan publisiti murahan