Ramai pihak terutamanya mereka yg pro pakatan “pokok” mahukan satu pilihanraya yang baru … malah inilah juga yang mereka mahukan sejak dari awal lagi ketika krisis kerajaan Perak berlaku … sedangkan masalah sebenar berpunca dari kelemahan mereka sediri yang hilang kawalan diri …

Walaupun satu pilihanraya raya yang baru memang boleh diadakan pada bila-bila masa ini tidak seharusnya berlaku kerana ia secara langsung akan memberikan implikasi bahawa institusi Kesultanan Melayu Perak telah dihina

Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan Monarki Berpelembagaan seharusnya meletakkan perlembagaan sebagai yang teratas … dalam hal di Perak, DYMM Sultan bertindak diatas haknya untuk memilih mahupun memecat Menteri Besar

Tindakan DYMM Sultan Perak berdasarkan pada undang-undang yang jelas yang dilaksanakan dengan fakta-fakta yang sahih … keputusan yg tercapai adalah adil dan saksama … malah Nizar pun sebelum ini bersetuju untuk patuh pada titah Tuanku sama ada mahu membubarkan dewan atau tidak

Apa yang berlaku kini pihak pakatan pokok melakukan penghinaan secara terang-terang pada DYMM Sultan Perak … Pakatan pokok berterusan menafikan kuasa Sultan untuk dilaksanakan

Demokrasi bukan hak atau kebebasan utk sesiapa pun berdemo dan memprovokasi … demokrasi harus berdasarkan pada kepatuhan dan penghormatan undang-undang … demokrasi memberikan hak pada rakyat dan juga pada Raja … jika salah satu drp keduanya dihalang untuk melaksanakan haknya maka ia adalah satu penghinaa pada demokrasi

Maka dlm hal ini demi memastikan agar kedaulatan Sultan terpelihara, pilihanraya yang baru di Perak tidak boleh diadakan … mereka yg berterusan menghina Sultan dan membuat provokasi menentang Sultan harus ditahan didalam ISA … inilah tujuan ISA … iaitu mencegah tindakan subversif yang cuba menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih melalui undang-undang … Seharusnya Nizar dan Sivakumar selayaknya dihantar ke kemunting