Kemelut politik Perak memang dah jadi macam kartun, seperti yg digambar oleh MB yang baru Dr. Zambry [1] … mana tidaknya Speaker DUN yg daripada DAP dah jadi meracau … dalam pada membincangkan hal-hal tergempar konon-kononnya, tapi tetap mahu menggantung wakil BN yg menjadi EXCO (termasuk MB) dan juga bekas ahli Pakatan Rakyat [2] … apakah yg tergemparnya hingga perlu bersidang secara tergesa2 malah cuba pula menghalang ADUN2 BN dan ADUN2 bebas dari masuk … kalau berani panggilah semua untuk masuk, baru ada telur …

kecarca-marbaan Speaker Sivakumar terserlah kerana gagal memberikan fakta sokongan yg memberikanya kuasa untuk memangil dewan … sedangkan Setiausaha DUN semasa menafikan arahan Sivakumar memberikan alasan berlandaskan Undang Tubuh Negeri Perak [3, 4 & 5], Speaker hanya menyatakan yg dia ada kuasa … tapi kuasanya diambil dari mana?

Terkini Speaker yg semakin “mabuk” itu telah memecat pula Setiausaha DUN dan senang2 menggantikannya dengan bekas SetPol Nizar ….

Aiii senang-senang aje main pecat dan lantik … lepas ni sahih Speaker nak pecat Sultan Perak pula …

Cuba tengok sikit, perkara berapakah yg dirujuk untuk mentakrifkan kuasa Speaker ni … ke main balum aje ???

  1. Macam ‘kartun’ – Zambry, Utusan Malaysia, Mac 1, 2009.
  2. DUN Perak tidak boleh bersidang, Utusan Malaysia, Mac 1, 2009.
  3. Sidang Tergempar Dun Perak Tidak Sah Tanpa Perkenan Sultan, Bernama, Mac 1, 2009.
  4. Sidang tergempar tidak sah, kata Setiausaha DUN Perak, Malaysiakini, Mac 1, 2009.
  5. Sidang tergempar Perak: Tindakan Speaker canggah Perlembagaan, mstar, Mac 1, 2009.