Bernama melaporan umat Islam di Singapura terpaksa berdikari untuk membina dan menyelenggara masjid-masjid dan madrasah-madrasah [1].

Nasib umat Islam di Singapura samalah seperti umat Islam dinegara-negara bukan Islam yang lain seperti di Australia, UK, Amerika Syarikat, Kanada dsb.

Amatlah beruntung umat Islam di Malaysia yang negaranya sudah meletakkan bahawa Islam itu sebagai Agama Persekutuan dan Islam memperolehi pelbagai keistimewaan dalam hal ehwal pentabiran kerajaan.  Kedudukan tertinggi Islam telah termaktub dalam perlembagaan (Perkara 3(1)) …

Namun umat Islam di Malaysia tampak tidak menghargainya langsung … yg politik mengkafirkan mereka yg bukan sealiran …malah tidak mengakui Malaysia sebagai negara Islam

Satu masa dahulu di Malaysia, Melayu=Islam, tapi dengan wujudnya PAS, Melayu dan Islam dipisahkan … malang sungguh … jangan nanti Allah tarik nikmat itu, menyesal pun dah tak guna …

  1. Umat Islam Singapura Berdikari Membangun Ummah, Bernama, Februari 27, 2009.