Lagi tuduhan agen-agen Dato’ Najib menawarkan sejumlah wang untuk ADUN-ADUN supaya melompat ke BN atau mengosongkan kerusi …

Pandai betul Pakatan Rakyat berdrama … tak habis-habis mengutuk Najib dan BN …

Realitinya sapa-sapa pun boleh mengaku jadi agen sapa-sapa pun … boleh jadi mat rempit yg menalipon konon-konon mengaku agen org itu agen org ini … ataupun boleh jadi hanya cerita dongen semata-semata …

Apabila ditanya oleh pemberita adakah beliau akan umumkan nama-nama mereka, Keshinder memberitahu akan beritahu pada masa sesuai.

Apabila didesak oleh pemberita siapakah agen tersebut, beliau memberitahu antaranya wartawan bebas dan beliau difahamkan wartawan itu ada kepentingan dalam konsisi balak.

“Beberapa kali orang itu (agen) kata tawaran tersebut datangya dari Dato’ Najib yang akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi. Sekiranya beliau bersetuju agen tersebut akan membawanya bertemu dengan Najib. [1]

yang dituduh agen itu pulak wartawan bebas … yg konon2 ada kepentingan dalam konsesi balak …. kakakaka lawak gile babi betul …

ingatkan Dato’ Najib yg sendiri talipon atau pun PA Dato’ Najib ka, boleh la percaya gak …

tapi macam biasala pengikut-pengikut pakatan “ranjang” akan tetap menerima bulat-bulat tanpa ada sebarang penapisan intelek …

Saya nak cabar ADUN-ADUN Pakatan ini … apa kata cakap setuju pada agen-agen tersebut … lepas tu ikut dia pegi jumpa Najib … dapatkan duit … lepas tu tunjukkan pada rakyat bukti mana dia duitnya, siapa dia orgnya, bila masa bertemu dengan Najib … boleh buat ka ???

  1. ‘Agen Najib tawar RM20 juta untuk lompat’, Harakahdaily, Feb 28, 2009.