saya taklah dapat memilih calon2 tersebut kerana bukan saya yg akan memilihnya … namun secara peribadi ingin melihat calon2 ini menang dalam jawatan utama:

Presiden UMNO:- Dato’ Najib Tun Razak … dah sememangnya menang tanpa bertanding … tinggal sahkan sahaja …

Timbalan Presiden UMNO: – Tan Sri Muhyiddin Yassin … diantara yg tiga hanya Tan Sri Muhyiddin yg paling layak … beliau lantang mengkritik kecelaruan Pak Lah dan seharusnya diberi peluang untuk naik sebagai Tim Pres.

Naib Presiden I:- Datuk Seri Shafie Afdal … tidak ada calon lain yg lebih afdal melainkan Datuk Shafie … UMNO Sabah harus mempunyai seorang yg berada diperingkat yg tertinggi yg boleh…

Naib Presiden II:- Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim … berpendidikan tinggi, banyak penggalaman, bijak pandai …

Naib Presiden III:- Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein … nak kata calon yg terbaik tak juga … tapi kalau dibandingkan yg lain Datuk Hisham lebih baik la …

Ketua Pemuda:- Datuk Mukhriz Mahathir … Khairy tak usahlah asik nakk bergasak aje kerjenya … Khir Toyo sepatutnya bertanding MT sahaja … dia salah jawatan nak dipertandingkan … kalau tak pun dia sepatutnya bertanding Naib Presiden … tak cool la bekas MB bertanding Ketua Pemuda …

Ketua Wanita:- Tan Sri Rafidah … walaupun dah bertaraf Opah, dan sudah tidak lagi jadi menteri … aura Tan Sri Rafidah jauh lebih kuat berbanding Sharizat …tambah-tambah lagi dalam prestasi BN yg teruk dlm PR-12 lepas, dlm banyak nama-nama besar yg tumbang Tan Sri Rafidah masih menang dan mendapat kepercayaan rakyat … Sharizat pulak kalah pada budak muda yg anaknya masih bertatih lagi … apa la buek malu ajo …

Harap-harap mereka menanglah … jika ada rezeki Insyallah …